Alamat Homestay 1 : No. 1048, Jalan Tengku Maheran 33, Taman Tengku Maheran Fasa 7, 06000 Jitra, Kedah.
Alamat Homestay 2 : No. A68, Taman Kemudi, Jalan Kuala Kedah, 06600 Alor Setar, Kedah.
Alamat Homestay 3 : No. 285, Jalan Lestari 15, Taman Lestari IUS, 32610 Seri Iskandar, Perak.

Menu

Ahad

INFO JITRA

Jitra merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di dalam daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Ia berada hampir dengan sempadan Kedah-Thailand iaitu kira-kira 35km sahaja jaraknya. Jitra hampir dengan laluan lebuhraya Utara Selatan yang menuju ke arah Bukit Kayu Hitam (Utara) dan ke Kuala Lumpur (Selatan). Kedudukan Jitra di dalam peta mengikut koordinat adalah 6.3° Utara dan 100.4 ° Timur. Diberi nama jolokan "Bandar Bestari" di dalam "Daerah Ilmu" kerana menempatkan banyak pusat pengajian seperti politeknik, institut perguruan, institut latihan perindustrian, kolej komuniti, sekolah berasrama penuh, MRSM, Institut Aminuddin Baki, UUM, kolej matrikulasi dan lain-lain.

Seperti tempat-tempat lain, Jitra turut mempunyai lokasi tumpuan yang menjadi pilihan pengunjung dan juga penduduk bagi beriadah dan bersantai. Taman Tasik Darul Aman adalah sebuah kawasan rekreasi di bawah kendalian Bina Darulaman Berhad yang menawarkan kemudahan kepada para pengunjung seperti trek joging, paintball, go-kart, medan selera, kayak dan lain-lain. Berhampiran tasik ini juga terdapat sebuah lapangan golf iaitu  Darulaman Golf & Country Club. Terbaru, sebuah taman tema air iaitu Fantasia Aqua Park telah dibuka. Taman tema ini juga terletak di dalam kawasan Tasik Darul Aman. 

Tasik Darul Aman
Tasik Darul Aman
Fantasia Aqua Park
Darulaman Golf & Country Club (DGCC)



Suasana malam di Jitra juga meriah dengan aktiviti perniagaan makanan dan program-program di dataran Darul Aman. Kehadiran ribuan pelajar-pelajar  serta pensyarah IPT yang bermastautin di sekitar Jitra jelas memberikan impak positif yang merancakkan aktiviti sosio ekonomi masyarakat setempat.

Deretan gerai di hadapan Pasaraya Yawata Jitra bermula dari petang hingga tengah malam.



Deretan gerai di hadapan Pasaraya Yawata Jitra bermula dari petang hingga tengah malam.
Aktiviti roller blade pada waktu malam di Dataran Bandar Darul Aman, Jitra.
Pasar malam di daerah Kubang Pasu dijalankan hampir setiap hari namun di lokasi yang berbeza. Antara pasar malam yang utama di Jitra adalah pada hari Ahad (Pekan Jitra 2), Isnin & Rabu (Taman Suria/Taman Pasu), Khamis (Taman Mahsuri) serta hari Sabtu (Taman Sri Aman). Pelbagai pilihan dan aneka makanan tempatan serta luar dapat diperolehi di pasar malam ini. Bagi orang luar yang ingin mencuba makanan tradisi tempatan maka bolehlah berkunjung ke pasar malam berdekatan.

Pasar Malam Pekan Jitra 2

Pasar Malam Taman Suria
Sebagai pusat pentadbiran dan ekonomi bagi daerah Kubang Pasu, Jitra turut menjadi pilihan para peniaga berskala besar bagi menjalankan aktiviti ekonomi mereka. Premis perniagaan & hiburan seperti restoran, pasaraya, panggung wayang, pusat bowling dan lain-lain boleh didapati di sini.












Pembangunan di Jitra tidak hanya tertumpu secara berpusat namun dibangunkan secara terancang di sekitarnya. Bandar Darulaman di Jitra adalah contoh perbandaran baru yang merangkumi kawasan komersil dan juga kawasan kediaman. Selain itu jika dilihat secara lebih luas iaitu dari perspektif daerah Kubang Pasu secara keseluruhannya, daerah ini mempunyai banyak pusat-pusat tumpuan atau pekan kecil antaranya Kepala Batas, Changlun, Kodiang, Tunjang, Jerlun dan Bukit Kayu Hitam.








# lynn homestay jitra kedah # lynn homestay jitra kedah # lynn homestay murah jitra kedah # lynn homestay murah jitra kedah # lynn homestay jitra kedah # jitra homestay # homestay jitra # homestay di jitra # homestay jitra kedah # homestay in jitra # homestay bandar darulaman jitra # bandar darul aman jitra homestay # homestay murah di jitra # homestay di jitra kedah # homestay at jitra # senarai homestay di jitra # homestay jitra 2016 # lynn homestay jitra # lynn homestay jitra kedah # lynn homestay jitra kedah # lynn homestay murah jitra kedah # lynn homestay murah jitra kedah # lynn homestay jitra kedah # lynn homestay alor setar # lynn homestay kuala kedah # homestay alor setar # homestay kuala kedah










Tiada ulasan:

Catat Ulasan